GOLONGAN KATA

1.Kata nama ialah kata yang merujuk kepada orang, binatang, benda,  tempat dan sebagainya.

2.Kata nama terbahagi kepada:
a.kata nama am
b.kata nama khas
c.kata ganti nama

Kata Nama Am
Menyatakan manusia, binatang, benda, tempat, tumbuh-tumbuhan atau sebagainya.

Ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata itu

Contoh:
doktor , kucing , sabit , kota , rumput dan lain-lain lagi

Kata Nama Khas
Merujuk kepada nama orang, nama binatang, nama tempat, nama bandar, nama negeri, nama judul buku.

Ditulis dengan huruf besar di pangkalnya.


sumber : http://www.tutor.com.my



Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.

1. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.
2. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.


Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.


sumber : http://tatabahasabm.tripod.com



Kata arah ialah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi nama.
Kata arah digunakan untuk menunjuk arah.

Contoh:
atas, bawah, tepi, antara, hadapan, utara, sisi, luar.

Contoh ayat :
Semua hidangan itu diletakkan di atas meja.
Kucing Siam itu tidur di bawah pokok.
Anjing liar itu masuk ke dalam semak setelah dihalau oleh ayah.


sumber : http://tatabahasabm.tripod.com