Monday, October 31, 2011

PENGENALAN


Apa dia tatabahasa?

Tatabahasa ialah suatu kumpulan petua bagi membentuk perkataan frasa, klausa dan ayat. Perkataan bergabung membentuk frasa. Frasa bergabung membentuk ayat. Dua atau lebih ayat membentuk satu ayat majmuk. Ayat-ayat dalam ayat majmuk dipanggil klausa.

Mengapa belajar tatabahasa?

Kita belajar tatabahasa kerana untuk mengetahui jalan bahasa kita. Pengetahuan ini membantu kita membuat ungkapan yang lebih kompleks dan canggih dengan betul. Ini akan melicinkan komunikasi. Komunikasi juga akan menjadi lebih berkesan.

Rujukan : Abdullah Hassan(1993). Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu, Utusan Publications & Distributors sdn.Bhd, KL.

1 comment:

  1. salam...
    petikan entri yang berilmiah...

    jom keblog saya..
    http://kimi50.blogspot.com/

    ReplyDelete