Monday, December 5, 2011

PERIBAHASA

Menurut Za’ba (1934), peribahasa diertikan sebagai segala susunan cakap yang pendek dan telah telah melekat di mulut orang ramai semenjak turun-temurun kerana sedap didengar dan perkataanya bijak, ringkas, luas dan mempunyai maksud yang mendalam dipakai akan jadi sebutan oleh orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran.

Sebagai guru bahasa Melayu, peribahasa penting untuk diajar di dalam bilik darjah. Dalam pengajaran dan pembelajaran, murid-murid sangat digalakkan untuk mengetahui serta dapat menggunakan peribahasa yang sesuai untuk menghiasi karangan atau percakapan dan menguatkan tujuan karangan atau sesuatu percakapan. Murid boleh mengguna pakai peribahasa semasa membina ayat supaya ayat tersebut menjadi lebih gramatis.  Peribahasa boleh menggambarkan keseluruhan maksud dan rumusan bagi sesuatu penulisan karangan atau percakapan.

Guru juga boleh menggunapakai peribahasa sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu dalam menyampaikan pengajaran, teladan dan sindiran kerana peribahasa mempunyai ciri pelembut agar pendengar terutama murid-murid tidak mudah terasa hati. Guru juga boleh menggunakan peribahasa yang sesuai untuk memotivasi murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’, ‘dimana ada kemahuan di situ ada jalan’, ‘genggam bara api, biar sampai jadi bara’ dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment