Thursday, November 29, 2012

AKRONIM


Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.

Dalam bahasa Melayu, akronim tergolong ke dalam kata tunggal walaupun terbentuk daripada percantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan atau percantuman bahagian-bahagian daripada beberapa patah perkataan.  Pembentukan akronim tidaklah seperti pembentukan kata-kata tunggal yang lain.

Akronim  digolongkan sebagai kata tunggal dan tidak boleh sebagai bentuk Kata yang tersendiri kerana proses pembentukan akronim tidak mempunyai prinsip yang jelas.  Cara pembentukkannya lebih merupakan proses penggabungan dan pembentukan kata nama bagi melahirkan bentuk baharu yang lebih ringkas.  Lazimnya, pembentukan akronim digunakan untuk kata nama khas dan proses pembentukannya agak longgar.  Oleh itu , proses pembentukan perkataan dengan cara ini bukanlah satu kaedah pembentukan perkataan baharu atau istilah yang tepat.

 Dalam buku Tatabahasa Dewan , dinyatakan bahawa akronim dapat dibahagikan kepada kepada empat jenis, iaitu dengan berdasarkan percantuman bahagian perkataan bagi membentuk akronim.

1. Kata akronim cantuman huruf awal perkataan.( LUTH - Lembaga Urusan Tabung Haji)
2. Kata akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan.
( Intan - Institut Tadbir Awam)
3. Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.( jenama- jenis nama)
4 Kata akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikutinya (debunga -debu bunga, jenama- jenis nama)

22 comments:

  1. Contoh akronim yang terbentuk daripada gabungan suku kata dengan perkataan penuh tu macam mana ye?

    ReplyDelete
  2. Saya nak tanya tentang huruf besar kata akronim jika sudah dicari oleh saya,saya tidak tahu membina ayat sendiri.Macam mana,boleh bantu saya kah

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. UMS,UKM, UM termasuk akronim juga kah?

    ReplyDelete