Keadaan ini berlaku kerana Awalan meN- menjadi meng- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf g, gh, kh dan h (bunyi konsonan) dan semua huruf vokal. Menurut Nik Safiah, perkataan pinjaman yang huruf pertamanya huruf k, tidak akan mengalami pengguguran demi mempertahankan etimologi kata asalnya seperti
Beliau telah mengklasifikasikan menge- dalam penjelasan imbuhan meng-. Imbuhan meng- akan bertukar menjadi menge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu, baik perkataan Melayu mahupun kata pinjaman seperti
Berdasarkan penerangan Nik Safiah Karim, terdapat pengecualian pada kata pinjaman yang bermula dengan gugus konsonan iaitu meng- tidak berubah menjadi menge- seperti
Seperti Nik Safiah Karim, Asmah Haji Omar juga berpendapat bahawa morfem awalan meng-dipengaruhi oleh kata dasar yang bermula dengan huruf k, g, h, kh, gh dan semua vokal. Hanya hurufk yang akan gugur dalam proses penambahan seperti dalam perkataan-perkataan berikut. Asmah Haji Omar dalam bukunya Nahu Melayu Mutakhir (2009, hlm 9), awalan meny- dipengaruhi oleh kata dasar yang bermula dengan s dan c. Dalam proses penambahan, hanya huruf s yang akan gugur seperti
sesuai menjadi menyesuai.
Tiada pula kata dasar yang bermula dengan huruf c yang menerima imbuhan meny- dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Tiada penjelasan yang diberikan oleh Nik Safiah Karim mengenai imbuhan awalan meny-.
No comments:
Post a Comment