Fonetik
ialah ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang
menunjukkan sebutannya. Fonetik mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dituturkan
oleh manusia. Manakala Fonologi adalah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji
bunyi bahasa yang bermakna itu digunakan secara sistematik untuk membentuk kata
atau ujaran Menurut Crystal(1980:268)
Fonologi
adalah satu cabang ilmu linguistik yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa.
Oleh itu, banyak faedah yang
diperolehi daripada pelajaran fonetik dan
fonologi. Antaranya ialah:
a)
Memberi
pengetahuan tentang ilmu fonetik dan fonologi bahasa Melayu untuk diaplikasikan secara praktik.
b)
Mengetahui
dan memahami tentang bunyi bahasa dan bukan bunyi bahasa.
c)
Mengetahui
dengan lebih jelas bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan dan dituturkan serta
mengenali alat-alat artikulasi yang berperanan dalam menghasilkan bunyi-bunyi
bahasa.
d)
Apabila
pengetahuan telah bertambah tentang ilmu fonetik dan fonologi tentunya
membolehkan seseorang pendidik mengenali pelbagai variasi bahasa yang
dituturkan oleh murid, dan keadaan ini membolehkan seorang pendidik membetulkan
kesilapan dengan tepat dan berkesan serta dapat membimbing murid supaya mahir
membunyikan dan menyebut sesuatu dengan
betul.
Fonologi
berkaitan dengan pola bunyi bahasa dan bagaimana sesuatu bunyi dalam sesuatu
bahasa itu berfungsi. Dari aspek bunyi-bunyi bahasa, fonetik berkaitan dengan
fonologi, namun fonetik menekankan bagaimana bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan
secara fizikal.
Dalam
pembelajaran bahasa kanak-kanak, penggunaan kaedah fonetik dapat membantu
kanak-kanak membunyikan suku kata dan menggabungkan bunyi-bunyi bahasa menjadi
perkataan. Aktiviti bermain dengan abjad, suku kata dan perkataan menggunakan
kaedah fonetik sangat sesuai dengan kanak-kanak yang baru mula belajar membaca.
Kaedah fonetik membolehkan kanak-kanak membina perkataan daripada bunyi-bunyi
bahasa.
No comments:
Post a Comment