Thursday, November 29, 2012

KATA ADVERBA


Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat. Sebagai contoh , perhatikan ayat-ayat contoh yang berikut:
1. Kami selalu memperkatakan hal itu.
2. Olahragawan itu sihat sentiasa.
3. Hari jadinya ialah hari esok.
4. Ahli perniagaan itu sering kali ke London.

-Dalam ayat di atas, perkataan selalu,sentiasa,esok, dan sering kali ialah,  kata adverb  kerana masing-masing menerangkan kata kerja memperkatakan, kata adjektif sihat, kata nama hari dan frasa sendi nama ke London.

-Seperti yang kelihatan dalam ayat di atas, kata adverba dapat hadir di hadapan dan di belakang frasa.

-Dalam hal ini, kata  adverba ,tidak dianggap sebagai golongan kata utama, bahkan golongan kata tugas, kerana tidak boleh menjadi unsur inti kepada konstituen frasa predikat, seperti halnya dengan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Ayat-ayat 5,6,7 yang berikut, walaupun Nampak mengandungi kata adverb yang berfungsi sebagai predikat, tetapi sebenarnya ayat-ayat ini merupakan ayat minimal. Ayat minimal bermaksud ayat yang ada bahagiannya telah digugurkan kerana dipengaruhi oleh bahasa lisan.

5. Perhubungannya langsung.
6. Ketibaan mereka esok.
7. Jawapannya demikian.

-Ayat penuh bagi ayat minimal di atas adalah seperti dalam 5(a) – 7(a) yang berikut:

5(a). Perhubungannya secara langsung.
6(a). Ketibaan mereka pada hari esok.
7(a). Jawapannya secara demikian.

-Dalam ayat penuh 5(a) kata adverba langsung menerangkan frasa nama secara, dalam ayat 6(a) kata adverba esokmenerangkan frasa sendi nama  pada hari, dan dalam ayat dan dalam ayat penuh 7(a) kata adverba demikian menerangkan frasa secara, yang menunjukkan bahawa kata adverb tidak boleh menjadi unsur inti bagi predikat.

Sumber Rujukan : Kamus Tatabahasa Dewan ( edisi ketiga)

5 comments:

  1. Izinkan saya kongsi bahan ini...Terima kasih..

    ReplyDelete
  2. tolong tunjukkan contoh ayat, kata adverba jati, asal adjektf dan asal kata kerja ialah penerang kepada Kata Nama dan Frasa Nama. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. salam...mohon kongsi bahan. terima kasih

    ReplyDelete
  4. salam...mohon kongsi bahan. terima kasih

    ReplyDelete